• .

petua untuk hensem

Posted by kaki KARUT On 12:35 AM 0 tengah carut

mesti ramai tertanya-tanya kenapa aku lama tak update blog. bukan malas mahupun segan. cuma aku sibok bertapa kat gua musang sebab nak bagi petua ni kat semua laki-laki yang kurang hensem dari aku tu.

aku harap korang ikot petua ni sampai la ada orang kata 
"kau makin hensem la..."
pinjam dari google

petua pertama.
sentiasa kentut kuat-kuat dalam tren mahupun bas. jika naek kete sendiri dalam lif pon boleh. tapi syarat utama mesti masa waktu kemuncak skurang-kurangnya 8 orang mendengar bunyi kentut itu.

petua kedua.
sentiasa korek idong. kalau boleh korek selagi cari anda boleh masok. hasil dari korek ataupun dipanggil bahan galian tu. boleh la anda makan. amalkan 2 kali sehari. masa bangun tido dan sebelum tido. kalau dapat yang kawan hensem punya bahan galian turut dibenarkan.

petua ketiga.
makan secara duduk. bukan sebarangan duduk. duduk bertinggung. tak tahu macam mana duduk betinggung tu? korang masok jamban duduk dan praktik kan nya.

petua keempat.
sentiasa mencarut kat wall kawan-kawan anda terutamanya yang ada mukabuku dan tagged yang memang sosial habes tu. tapi pastikan carutan anda tu mencarut yang tak keterluan sebab takot gak kan kang aku share dosa ngan korang.

petua kelima
tampor lelaki-lelaki yang lebeh hensem dari korang. tapi pastikan tampor yang manja sebab kita tak nak sapa-sapa sakit hanya kerana anda nak jadi hensem. tampor tu sebenarnya hanya untuk amek seri muka je.

petua keenam
makan tanpa henti selama 3 hari 3 malam di hotel-hotel mahupun restoran yang minima kita kena bayar rm100 hanya untuk air.


pastikan anda lakukan petua-petua ni kalau teringin sangat untuk nampak hensem dengan muka beseri-seri.
tapi ingatlah. 

kalau nak hensem sebenarnya rajin lakukan solat dan sentiasa ambil wudu`.  aku tetap bagi ceramah gak kan.

selamat beramal.