• .

syabas

Posted by kaki KARUT On 1:16 AM 22 tengah carut

ritu aku tengok tv.  sebenarnya malas jugak la nak tengok tv ni. tapi dah member ajak tengok Malaysia tanah tumpah darahku ni lawan bola. aku tengok jugak la. bukan nak kritik ape lagi nk komen. tapi apakan daya. dah aku tak ada topik. so. terpaksa la team ni terima tempiasnya.

di mana kita 
korang tengok tak game tu? ape bezanya main kat taman tak pakai kasut dengan main kat stadium dekat stadium pakai kasut?

bezanya hanyalah kasut dan stadium. 

taktik. cara. matlamat. persefaham.  visi. misi. pendedahan. 

ape lagi yang tak cukup yang mampu nak bezakan cara main kat taman tak pakai kasut dengan mereka-mereka yang main dekat stadium pakai kasut? kalau tengok  cara permainan hari tu. memang kita nasib kita terlalu baik. sebab kita memiliki seorang penjaga gol yang sangat low profile, tenang, dan tahu persefahaman antara bola dan glove dia. amboih. kembang lak hidong penjaga gol kita.
terbaik dari kita.
 pelik tapi benar. jersi setiap kali tournament mesti tukar. tapi player yang bermasalah tak pulak tukar. nak harap aku jadi player. berzaman pon blom tentu. 

tapi itu lah hakikatnya. bila team kita hanya menyerang 3 ke 4 kali. 

coach pon akan kata "kita memiliki beberapa peluang di depan gol jika tak di sia-siakan. konpem kita menang"

sedangkan

coach lawan pon tak sempat nak kata apa walaupun dah serang berkali ganda lebih dari team kita. 

sepak dan sepak. itu lah pendirian kita. 

hiasan je ye.

tapi syabas Malaysia sebab berjaya melangkah ke final. seteruk aku kutuk pon. aku tetap ke Bukit Jalil ahad ni dengan baju baru. bendera. tiket grandstand. nak tengok korang main. nak tengok korang kena tackle. nak tengok korang score goal. dan yang paling penting.


aku nak tengok awek yang boleh di tackle.

hari memang aku bagi ceramah. 

bila tangan dah suka.

Posted by kaki KARUT On 6:53 AM 27 tengah carut

tengok tu…


haaa….tengok tu…

.nervous kot.
 

tengok tangan tu merayap sana merayap sini. ape korang ingat aku ni batu nisan ke pe tak nampak korang ngah men pegang-pegang. kalau nak tau. bahasa sopannya pegang-pegang la. bahasa sopan lagi ramas-ramas. 

hahaha… jangan ada yang ghairah tiba-tiba dah la.


ni masa aku tengok wayang cerita seram paling tak laku dalam negara. dah cerita tak laku. orang pon kurang la. pastu ad pulak mamat ni ngan awek dia yang amatlah baik tu kan. men sedekah-sedekah lak kat tempat gelap. 

fuhh… 

dah macam aku beli tiket nak tengok dorang bukan nak tengok movie. secara jujurnya. dah sebab aku pon manusia biasa kan. mestilah aku men hendap-hendap jugak. 

hahaha…


konpem-konpem la tak kawen lagi kan. kalau kawen baik ramas-ramas kat rumah je. yang lagi asyik nya pulak. bleh pulak pompan tu buat bunyi. macam mana aku nak tulis pon tak tau la bunyi tu. tapi kalau aku tulis korang imagine aku yang kluarkan bunyi tu konpem-konpem korang maki aku lak kan.

hahaha…


tapi kita kembali ke alam realistik.kalau hari ni bleh ramas-ramas. korang rasa esok boleh bercantum tak? alah buat-buat tak paham lak bercantum macam mana kan. tak kan nak aku buat demo kot.


dan timbul pulak persoalan.

apekah pompan tu yakin yang laki tu memang suami dia? 

adakah laki tu pon yakin yang pompan tu bini dia?

apekah mereka tak merasa malu pada keturunan mereka?

apekah mereka tak malu pada diri sendiri?


apekah mereka tak malu pada ALLAH tuhan sekalian alam?

macam dah jadi penceramah lak aku.  (^_^)v

kisah yang lalu

Posted by kaki KARUT On 9:19 PM 0 tengah carut


mungkin aku addicted sangat. dan mungkin aku tergila sangat kat orang. sebenarnya sukar jugak untuk aku frust pasal LOVING ni. n tak penah menangis langsung sebenarnya pasal LOVING-LOVING ni. tapi semalam terkeluar jugak air peluh aku pasal benda yang tak pernah aku serius amek tau. LOVING.



klu orang yang kenal aku memang tau aku ni macam laki yang tak pernah serius beb. n kalau sebab bab pompan ni memang laju. sampai selalu jugak la mengatai sebab xda orang yang srius untuk kata YES dekat aku.

apa itu cinta? penting sangat ke? keperluan atau kemahuan? tulen atau tiruan? manis atau pahit? suka atau duka? puas atau kesal? ikhlas atau nafsu? macam nak kearah lucah lak kan.

ape yang anda rasa bila anda menanti seseorang ni. menanti dari kecik lak tu. tapi tengok-tengok dia dah ada pakwe. DIA tu tak gitau yang DIA ada pakwe. tapi bila aku sendiri baca dekat wall post facebook DIA ada perkataan "B" n "SAYANG". n ada member yang mengesahkan kat dalam tu. aku ni memang stalker yang hebat tapi amat mengecewakan.

fuhhhh….perit yang amat kan. mungkin ni jugak salah aku. sebab selalu ja memain bila ngorat ngan awek lain kat luar. selalu ja tak serius bila date ngan makcik-makcik dan jiran sebelah. memang sebenarnya hati aku cuma teringat DIA. Cuma aku tak pernah terus terang dekat DIA. tapi aku yakin sangat DIA tau.

penantian aku dari darjah 6 masa tahun 2002 sampai hari itu macam sia-sia. mungkin sebab aku tak jelaskan yang aku suka n nak DIA tunggu aku. memang ada awek-awek yang ajak kapel. tapi apa bleh buat. dah tak suka aku main-main je la. hahaha… teruk kan perangai. tapi bagi aku. aku nak isteri untuk aku dan ibu kepada anak aku. wahh…. ayat tak bleh blah btol.

korang mesti tak caya. password facebook, password yahoo, password hotmail n bapak segala password la. aku punya suma nama DIA. no pin atm, no team, no jersi suma ada relate dengan nombor bufday DIA. n ni la bila aku dah addicted sangat

n aku dah ad satu barang yang aku buat n simpan dari tarikh kami tak jumpak tu dari tahun 2002 sampai hari ini. dengan harapan nak barang tu masa nak melamar DIA nanti. sebab bagi aku itula memori. tapi sumanya dah berahir. nak buang je kot barang ni. ke bagi hadiah kat korang. hahaha…


DIA selalu kol aku n antara benda yang menjadi kewajipan untuk DIA cakap ;

Dia : awak… saya mintak maap ye.

aku : hahaha… mintak maap kenapa lak ni? hari-hari mintak maap.

DIA : ala… awak cakap je aku bagi maap tu.

aku : hahaha… yela. awak amek la banyak mana pon maap tu. walaupon awak tu memang tak pernah buat salah kat saya pon. hahaha…
(walaupun sebenarnya aku tau kan ape yang DIA mintak maap tu. biasalah ego laki.)

DIA : thanks ye awak.


So..klu korang dah srius suka kat orang tu. terus terang je la dari awal. jangan jadi angau macam aku.

now I have to think n feel the others feeling.

ni dah lama dah sebenarnya. tahun kepada tahun-tahun lepas kot


sekarang cuma tunggu angsa aku.

hahahahahahaha…..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

kedai xdak plastik

Posted by kaki KARUT On 2:59 AM 3 tengah carut

Alhamdulillah. 

ada jugak kesedaran kita pasal alam sekitar ni kan. ad la jugak harapan untuk bumi ni terus hidup. dan ada jugak lah harapan untuk bumi lama sikit.


tapi…!!!
  

kadang-kadang kita lupa pulak yang ada hari-hari yang memang xdak plastik bag. sampai kita beli barang satu trolley. kalau satu trolley barang kita beli. n kita ada kereta ke tak pe la jugak kan. 

ape kejadahnya semua ini. lagi la malang. tambah lak memang aku ni jenis sengkek kan. ni naek pulak moto. bayangkan la. naek moto tapi barang letak dalam raga. fuhhh... peluh gak kan ketiak nanti.


jadi..!!!


korang perasan tak. setiap kali kita pergi shopping mall keataupun kedai-kedai yang besar-besar la kan dia kata 20 sen satu plastik.





20 sen? murah la. sapa soh tak bawak plastik

tu kata pekerja.

20sen? kali dengan sejuta orang. kaya aku.
tu kata tokei kedai 


20 sen? macam harga masok toilet ja.

tu kata tokwan aku.


20 sen? aku cari uban bapak aku pon dapat 10sen ja.

tu kata adik aku.


20 sen? tepi jalan satu sen pon orang kutip.
tu kata  kaki kutip tepi jln la.



persoalannya sekarang ni. mana 20 sen setiap plastic yang kita beli tu. kat mana dia pegi. tambah keuntungan kedai ke. atau digunakan untuk selamatkan orang-orang miskin kat negara ni ataupun untuk selamatkan bumi?
adakah kempen yang dijalankan kerajaan ni menguntungkan kedai yang besar ni?



sapa nak jawap?



aku karut korang carutkan.

objektif pala otak aku

Posted by kaki KARUT On 12:38 AM 16 tengah carut


objektif pengkarut wajib carut ini blog sebab kita nak :




1. mewujudkan budaya lestari anak-anak remaja yang suka berselindung disebalik wajah untuk menjadi otai sambil korek idong cover-cover padahal pengecut nak mampus.


2. menjadikan insan yang berguna dan pandai cover dalam mencarut.


3. memberi carutan membina kepada orang, masyarakat, sampah, dan mungkin diri anda sendiri.


4. mengkarut sekeras-kerasnya kepada yang mintak undi pastu menyusahkan aku lak nak mencarut sebab tak reti buat keja sambil sembang besaq.


5. melahirkan blogger yang bertaraf 5 bintang setelah ditumbuk dan dimaki hamun bos sebab kerja mengarut tapi keja kat ofis betimbum macam baju kat baldi.


6. membuatkan orang-orang yang hampir hilang rambut ceria dengan sengeh yang makin ikhlas sikit.


7. membina masa depan yang cerah selagi masih ada matahari.


8. mencarut pada blogger yang mempunyai blog yang karut termasuk la blog ni walaupun tak mungkin terjadi sama sekali.


9. mencairkan awek-awek dan pakwe-pakwe dengan kata kata romantik bercampur carut yang positif kalau ada la.


10. dapat menyimpulkan semua benda kat atas  ni. sambil rasa insaf kat diri tiba-tiba aku rasa tukar bagi jadi pujian lak.



sebarang tajok yang best untuk dicarut atau kite karut bleh gtau ye.