• .

kisah yang lalu

Posted by kaki KARUT On 9:19 PM 0 tengah carut


mungkin aku addicted sangat. dan mungkin aku tergila sangat kat orang. sebenarnya sukar jugak untuk aku frust pasal LOVING ni. n tak penah menangis langsung sebenarnya pasal LOVING-LOVING ni. tapi semalam terkeluar jugak air peluh aku pasal benda yang tak pernah aku serius amek tau. LOVING.



klu orang yang kenal aku memang tau aku ni macam laki yang tak pernah serius beb. n kalau sebab bab pompan ni memang laju. sampai selalu jugak la mengatai sebab xda orang yang srius untuk kata YES dekat aku.

apa itu cinta? penting sangat ke? keperluan atau kemahuan? tulen atau tiruan? manis atau pahit? suka atau duka? puas atau kesal? ikhlas atau nafsu? macam nak kearah lucah lak kan.

ape yang anda rasa bila anda menanti seseorang ni. menanti dari kecik lak tu. tapi tengok-tengok dia dah ada pakwe. DIA tu tak gitau yang DIA ada pakwe. tapi bila aku sendiri baca dekat wall post facebook DIA ada perkataan "B" n "SAYANG". n ada member yang mengesahkan kat dalam tu. aku ni memang stalker yang hebat tapi amat mengecewakan.

fuhhhh….perit yang amat kan. mungkin ni jugak salah aku. sebab selalu ja memain bila ngorat ngan awek lain kat luar. selalu ja tak serius bila date ngan makcik-makcik dan jiran sebelah. memang sebenarnya hati aku cuma teringat DIA. Cuma aku tak pernah terus terang dekat DIA. tapi aku yakin sangat DIA tau.

penantian aku dari darjah 6 masa tahun 2002 sampai hari itu macam sia-sia. mungkin sebab aku tak jelaskan yang aku suka n nak DIA tunggu aku. memang ada awek-awek yang ajak kapel. tapi apa bleh buat. dah tak suka aku main-main je la. hahaha… teruk kan perangai. tapi bagi aku. aku nak isteri untuk aku dan ibu kepada anak aku. wahh…. ayat tak bleh blah btol.

korang mesti tak caya. password facebook, password yahoo, password hotmail n bapak segala password la. aku punya suma nama DIA. no pin atm, no team, no jersi suma ada relate dengan nombor bufday DIA. n ni la bila aku dah addicted sangat

n aku dah ad satu barang yang aku buat n simpan dari tarikh kami tak jumpak tu dari tahun 2002 sampai hari ini. dengan harapan nak barang tu masa nak melamar DIA nanti. sebab bagi aku itula memori. tapi sumanya dah berahir. nak buang je kot barang ni. ke bagi hadiah kat korang. hahaha…


DIA selalu kol aku n antara benda yang menjadi kewajipan untuk DIA cakap ;

Dia : awak… saya mintak maap ye.

aku : hahaha… mintak maap kenapa lak ni? hari-hari mintak maap.

DIA : ala… awak cakap je aku bagi maap tu.

aku : hahaha… yela. awak amek la banyak mana pon maap tu. walaupon awak tu memang tak pernah buat salah kat saya pon. hahaha…
(walaupun sebenarnya aku tau kan ape yang DIA mintak maap tu. biasalah ego laki.)

DIA : thanks ye awak.


So..klu korang dah srius suka kat orang tu. terus terang je la dari awal. jangan jadi angau macam aku.

now I have to think n feel the others feeling.

ni dah lama dah sebenarnya. tahun kepada tahun-tahun lepas kot


sekarang cuma tunggu angsa aku.

hahahahahahaha…..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Categories:

0 Response for the "kisah yang lalu"